Kami mencipta produk dengan kasih sayang.

Sumber yang Diyakini

Setiap perjalanan kita berbeza. Keperluan dan keutamaan kita sebagai ibu bapa juga mungkin berbeza. Kami memahaminya kerana kami juga adalah ibu dan bapa. Kerana itu, kami ingin berkongsi dengan anda kisah sebenar di sebalik penghasilan produk AnmumTM Materna, Lacta, Essential & Essential Gold – bermula dengan bagaimana kami melakukan penyelidikan yang menyeluruh, membina kepakaran kami dalam pemakanan ibu dan kanak-kanak, serta kesungguhan kami dalam memelihara warisan pemakanan kebanggaan kita semua.

Langkah 1 - Kami memahami para ibu bapa.

Ramai antara kami di sebalik jenama ini adalah ibu dan bapa. Ahli pemakanan kami sentiasa belajar daripada ibu bapa di seluruh dunia dan melakukan penyelidikan untuk cara baharu menyokong keperluan nutrien penting untuk ibu-ibu dan kanak-kanak. Seperti anda juga, kami komited untuk menyokong mereka agar lebih kuat dan cerdas.

Langkah 2 - Kami mulakan dengan sumber kebaikan yang dipercayai.

Kualiti produk kami yang hebat bermula dengan 10,500 keluarga petani yang membekalkan susu segar untuk digunakan dalam produk kami. Mereka menggunakan beberapa sistem pertanian berasaskan padang rumput yang paling maju di dunia. Persekitaran New Zealand yang unik membolehkan lembu-lembu mendapatkan makanan secara semula jadi di padang-padang rumput pada sepanjang tahun. Pemakanan ini membantu mereka kekal sihat dan menghasilkan susu yang berkualiti tinggiilk.

Langkah 3 - Kami mencipta produk kami bersama pakar-pakar yang berpengalaman.

We're passionate about creating nutritional products that helps to provide essential nutrients for mums and children. Our expertise is built on over 50 years of experience making maternal, lactating, and growing up milk. We work with nutritionists to research and provide essential nutrients for mums and children.

Langkah 4 - Dari ladang kami ke rumah anda.

Kami tahu betapa pentingnya produk bernutrisi kepada para ibu dan kanak-kanak. Oleh itu, kami sangat menjaga ramuan produk dari ladang kami kepada anda. Kami menggunakan sistem kualiti dan keselamatan yang terkini, mengamalkan proses yang ketat dan melakukan ujian bagi setiap produk akhir. Produk yang meninggalkan New Zealand mendapat sijil eksport daripada Kementerian Industri Utama sebagai jaminan rasmi bahawa produk tersebut memenuhi piawaian dan syarat tertentu.

Langkah 5 - Selamat & dilindungi dengan setiap langkah.

Sepanjang perjalanan anda, Fonterra melakukan lebih 60,000 ujian keselamatan dan kualiti setiap tahun  supaya anda tahu bahawa produk yang anda beli adalah selamat dan berkualiti tinggi. Kami melakukan semua ini supaya kami tahu bahawa kami menyediakan nutrien penting yang terbaik kepada para ibu dan kanak-kanak. 

Warisan Kami

Fonterra adalah sebuah Syarikat koperasi yang dimiliki oleh 10,500 keluarga peladang di New Zealand. Sebagai pengeluar produk tenusu yang terunggul, kami juga mempunyai 20,000 pekerja sebagai sebahagian daripada keluarga Fonterra kami di seluruh dunia, kerana kami percaya akan kebaikan nutrisi dalam tenusu.

Kami adalah pengeluar produk tenusu di New Zealand selama lebih dari seabad yang lalu. Kepakaran kami telah berkembang maju daripada warisan generasi keluarga peladang yang telah menjadikan New Zealand sebagai pengeluar tenusu yang terunggul, melalui sikap yang positif dan semangat kerjasama.

Dalam tempoh itu, kami telah menjadi pelabur global dalam bidang penyelidikan, inovasi dan keselamatan produk. Seramai 250 orang dari pasukan kami yang memberikan tumpuan terhadap inovasi dan Sistem Keselamatan Fonterra bagi memastikan akauntabiliti lengkap di mana-mana sahaja di dunia dan agar produk kami memenuhi standard global tertinggi.

Kami bangga dengan pengeluaran produk-produk yang berkhasiat dan berkualiti tinggi kami iaitu produk AnmumTM Materna, Lacta, Essential dan Essential Gold yang menyokong keperluan nutrisi para ibu dan kanak-kanak.

Anmum's history in the 1950s

Syarikat Fonterra yang terdahulu, The New Zealand Dairy Group telah mencipta susu tepung rumusan yang pertama untuk pelanggan global di Kilang Waitoa, Waikato.

Anmum's history in the 1980s to the 1990s

The New Zealand Dairy Group terus mengembangkan keupayaan pengilangan mereka, dan menjadi salah satu pengeluar kontrak terbesar susu tepung rumusan  di dunia.

Anmum's history in 1994

The New Zealand Dairy Group menghasilkan jenama sendiri iaitu Anmum™ Materna untuk menyokong keperluan nutrisi untuk ibu hamil dan dilancarkan di Malaysia dan Singapura.

Anmum's history in 1997 to 2003

Jenama ini meluaskan rangkaian produk di Asia dan menawarkan Anmum™ Lacta yang dirumus khas untuk ibu menyusu dan seterusnya Anmum™ Essential untuk kanak-kanak.

Anmum's history in 2001

Seperti yang diketahui, Fonterrra ditubuhkan daripada penyatuan antara Dairy Board, The New Zealand Dairy Group dan Kiwi Cooperative Dairies.

Pencapaian Kami

Terima kasih kerana mempercayai kami

Anmum Malaysia Awards

People's Choice Award • Silver

Putra Aria Brand Awards 2023

Kami berbangga menerima Anugerah Perak bagi Pilihan Pengguna (Silver People’s Choice Award) daripada Anugerah Putra Aria Brands 2023.