5 Sebab Susu Kehamilan Perlu Diambil Sepanjang Kehamilan

Sebaik sahaja anda mengetahui bahawa anda hamil, pasti banyak perasaan akan melanda anda.

Lebih-lebih lagi jika ibu mengandung anak pertama. Perubahan badan dan keperluan pemakanan mungkin menyebabkan anda memerlukan susu untuk ibu hamil bagi menyokong keperluan nutrisi untuk diri dan janin dalam kandungan.

Semasa 12 minggu pertama sewaktu hamil, tubuh ibu cenderung mengalami banyak perubahan disebabkan oleh ‘pembawakan budak’. Sesetengah ibu berdepan simptom mengandung seperti mudah berasa penat, mual-mual, muntah, sensitif terhadap bau, sakit kepala, perut rasa tidak selesa dan sebagainya.

Justeru kami menyarankan anda mengambil 2 gelas susu untuk ibu hamil setiap hari seawal trimester pertama. Antara 5 sebabnya ialah:

1. Membantu membina dan membaiki tisu badan dengan protein

Kandungan protein dalam susu ibu mengandung merupakan salah satu sumber protein baik yang membekalkan kesemua asid amino perlu. Tahukah anda plasenta akan membentuk saluran-saluran darah sebanyak dalam lingkungan 50 km1? Protein memainkan peranan penting semasa kehamilan bagi membantu membina dan membaiki tisu-tisu badan.

2. Membantu membina dan membaiki tisu badan dengan Vitamin D

Vitamin D amat penting untuk menyokong badan melakukan proses penyerapan kalsium dengan baik. Menurut Saranan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia 2017, amaun vitamin D yang disyorkan semasa kehamilan adalah 15μg / hari.

Pengambilan vitamin D yang mencukupi semasa mengandung amatlah penting bagi membantu menyokong perkembangan rangka janin2.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2016) mengatakan bahawa pemakanan ibu yang baik adalah penting untuk kedua-dua ibu dan juga janin yang dikandungkan.

3. Menyokong pertumbuhan dan pembahagian sel ibu dan janin

Ketika berbadan dua, keperluan pemakanan ibu turut meningkat. Pengambilan folat yang mencukupi adalah amat penting terutamanya semasa trimester pertama untuk menyokong pertumbuhan dan pembahagian sel-sel ibu dan janin yang berlaku dengan pesat.

Susu untuk ibu hamil telah diperkayakan dengan folat agar membantu memenuhi keperluan folat ibu mengandung & janin.

4. Sumber kalsium penting

Saranan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia 2017 menyarankan wanita hamil mengambil 1,000mg kalsium setiap hari. Garis Panduan Diet Malaysia 2020 juga menyarankan untuk mengambil 2 gelas susu setiap hari sebagai sebahagian diet seimbang.

Kalsium amat penting untuk membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Tahukah anda, sekiranya pengambilan kalsium ibu hamil tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan janin, ianya akan diserap daripada tulang ibu3?

5. Kepentingan kandungan DHA dan probiotik semasa hamil 

Ketika mengandung, para ibu hendaklah memastikan keperluan khasiat yang mencukupi untuk tubuh dan janin dalam kandungan. Selain asid folik / folat, kalsium dan zat besi,  DHA- asid lemak omega 3, dan probiotik juga perlu dipertimbangkan oleh para ibu.

Pengambilan DHA semasa kehamilan dapat membantu menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf janin4

Golongan ibu mengandung juga dicadangkan untuk mengambil DHA sebanyak 200 mg sehari5

Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang hidup yang akan memberikan manfaat kepada tubuh badan. Sesetengah jenama susu ibu hamil mengandungi probiotik di mana ia penting untuk menjaga persekitaran usus yang baik serta membantu melancarkan sistem pencernaan agar menyokong penyerapan nutrien yang efektif.

Bagi memudahkan anda membuat pilihan susu untuk ibu mengandung yang tepat, kami menyarankan anda mengambil AnmumTM MATERNA. Hal ini kerana ia mengandungi nutrien-nutrien penting yang membantu untuk menyokong 100 peratus keperluan nutrisi^ anda. Adalah penting untuk menyokong 8 aspek penting sepanjang tempoh kehamilan.

Pengambilan dua gelas AnmumTM MATERNA setiap hari sebagai sebahagian daripada diet seimbang mampu menyokong keperluan pemakanan ibu hamil.^

Ketahui lebih lanjut tentang AnmumTM Materna.

Rujukan:

  1. (n.d) Smith C. (2005). The placenta – a mathematical model. Retrieved from: https://www.thenakedscientists.com/articles/science-features/placenta-mathematical-model
  2. (n.d.) Wagner C., Taylor S., Johnson D., and Hollis B. (2012). The role of vitamin D in pregnancy and lactation: emerging concepts. Retrieved from www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4365424/
  3.  NIH Osteoporosis and Related Bone Diseases ~ National Resource Center. (2018). Pregnancy, breastfeeding and bone health. Retrieved from https://www.bones.nih.gov/health-info/bone/bone-health/pregnancy
  4.  (n.d.) Greenberg J,. Bell S., Ausdal W. (2008). Omega-3 Fatty Acid Supplementation During Pregnancy. Retrieved from www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2621042/
  5. (2017) Ministry of Health Malaysia. Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. Retrieved from https://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf

    ^Untuk Asid Folik, Kalsium, Zink, Vitamin B2, Vitamin B6 dan Vitamin E, dengan 2 gelas sehari (RNI Malaysia, 2017)

Kami sentiasa menyokong perjalanan anda

Daripada keperluan nutrisi semasa kehamilan & penyusuan, sehingga nutrisi untuk perkembangan & tumbesaran kanak-kanak