• Kehamilan

Berhubunglah dengan si manja sebelum kelahirannya.

  • Kehamilan

Kenali diri anda semasa kehamilan untuk mewujudkan ikatan batin di antara anda dan si manja.

RSebagai seorang ibu, waktu kehamilan merupakan waktu penantian yang indah. Kita tidak sabar untuk mendukung si manja, jadi kita mula merancang semua perkara yang indah untuk anak kita. Kita mengambil berat tentang warna bilik, jenis kereta sorong dan katil si manja yang hendak dibeli, kerana kita inginkan yang terbaik. Tetapi sebagai bakal ibu, janganlah abaikan keajaiban yang sedang berlaku pada tubuh badan dan kehidupan anda!

Waktu kehamilan adalah waktu bagi anda fokus kepada janin anda – oleh itu berehatlah dan luangkan masa untuk berhubung dengan si manja di dalam rahim anda! Anak anda akan merasai apa yang anda rasa. Kesejahteraan anda adalah penting untuk menjalin ikatan batin di antara anda dan si manja, jadi anda boleh memahami diri sendiri dengan lebih baik semasa waktu yang indah ini dengan langkah-langkah berikut.

1. Beri perhatian kepada tubuh anda

Luangkan sedikit masa setiap hari – walaupun hanya untuk dua minit – untuk bernafas dan menumpukan perhatian kepada segala yang sedang berlaku pada tubuh anda: degupan jantung anda, corak pernafasan, serta pergerakan bayi dalam rahim. Ini memberikan kesedaran kepada kita sebagai ibu, sama ada kita merasa selesa atau tidak, dan ini boleh membantu kita memahami keadaan tubuh badan kita dengan lebih baik.

2. Gambaran jantung-rahim

Teknik ini merupakan kegemaran sesetengah ibu; kerana teknik ini dapat mengukuhkan lagi ikatan batin bersama anak anda ketika kehamilan. Berikut adalah contoh bagaimana untuk membayangkan hubungan jantung-rahim: https://www.youtube.com/watch?v=KL4kI-_Mdas

3. Bermurah hati kepada diri sendiri

Janganlah takut untuk memberikan perhatian kepada keperluan, keinginan dan fikiran anda. Menjaga diri anda ketika kehamilan bukan sahaja dapat membantu kesihatan dan kesejahteraan badan anda, tetapi fikiran anda juga. Carilah sokongan daripada perbualan santai bersama pasangan anda, membuat senama yoga atau manjakan diri anda dengan urutan badan.

Kami sentiasa menyokong perjalanan anda

Daripada keperluan nutrisi semasa kehamilan & penyusuan, sehingga nutrisi untuk perkembangan & tumbesaran kanak-kanak